Tidak seorang mukmin itu berpagian-pagian bertalbiah sehingga terbenam matahari

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما ضحى مؤمن [ملبيا] حتى تغرب الشمس؛ إلا غربت بذنوبه حتى يعود كما ولدته أمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak seorang mukmin itu berpagian-pagian bertalbiah sehingga terbenam matahari, kecuali ia terbenam bersama dosanya sehingga dia kembali seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 744, hadis nombor 3810. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عامر بن ربيعة مرفوعا: «ما ضحى مؤمن [ملبيا] حتى تغرب الشمس؛ إلا غربت بذنوبه حتى يعود كما ولدته أمه».
[العسكري في «الصحيفات المحدثين»، الخطيب في «الموضح»، الضياء، «الضعيفة» (4455)]

(Lemah)
Daripada Amir bin Rabi’ah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak seorang mukmin itu berpagian-pagian bertalbiah sehingga terbenam matahari, kecuali ia terbenam bersama dosanya sehingga dia kembali seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.
[Riwayat al-Askari dalam Tashifat al-Muhaddithin, al-Khatib dalam al-Muwaddhah, al-Dhiya’ dalam al-Mukhtarah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4455]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.