Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما ضَحِىَ مؤمِنٌ [مُلَبِيًا] حتى تغرُبَ الشمسُ؛ إلَّا غربتْ بذنوبِه حتى يعودَ كما ولدَتْهُ أمُّهُ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak seorang mukmin itu berpagian-pagian bertalbiah sehingga terbenam matahari, kecuali ia terbenam bersama dosanya sehingga dia kembali seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.
Sahabat Perawi
- Amir bin Rabi'ah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 744, hadis no. 3810. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عامر بن ربيعة مرفوعا: «ما ضحى مؤمن [ملبيا] حتى تغرب الشمس؛ إلا غربت بذنوبه حتى يعود كما ولدته أمه». [العسكري في «الصحيفات المحدثين»، الخطيب في «الموضح»، الضياء، «الضعيفة» (4455)]
(Daif) Daripada Amir bin Rabi'ah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak seorang mukmin itu berpagian-pagian bertalbiah sehingga terbenam matahari, kecuali ia terbenam bersama dosanya sehingga dia kembali seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya. [Riwayat al-Askari dalam Tashifat al-Muhaddithin, al-Khatib dalam al-Muwaddhah, al-Dhiya’ dalam al-Mukhtarah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4455]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman