Tidak semua yang diketahui perlu diucapkan

TEKS BAHASA ARAB

ما كل ما يعلم يقال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak semua yang diketahui perlu diucapkan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 81, hadis nombor 363. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا يعرف مسندا بهذا اللفظ، لكن في معنى: “أمرنا أن نكلم الناس على قدر عقولهم و حدثوا الناس بما يعرفون”.

Tidak diketahui secara bersanad dengan lafaz ini, namun semakna dengannya: “Kami diperintahkan supaya berbicara dengan orang ramai berdasarkan kadar kemampuan akal-akal mereka dan berbicaralah kepada manusia sesuatu yang mereka boleh fahami”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs