Tidak sempurna wuduk bagi sesiapa yang tidak berselawat ke atasku

TEKS BAHASA ARAB

لا وضوء لمن لم يصل علي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak sempurna wuduk bagi sesiapa yang tidak berselawat ke atasku.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1201, hadis nombor 6098. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن سهل بن سعد الساعدي رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لا وضوء لمن لم يصل علي.
[ابن أبي عاصم في ((الصلاة على النبي))، طب، وابن حجر في ((نتائج الأفكار))، ((الضعيفة)) (2167)]

(Munkar)
Daripada Sahl bin Sa’d al-Sa’idi RA bahawa Nabi SAW pernah bersabda: Tidak sempurna wuduk bagi sesiapa yang tidak berselawat ke atasku.
[Riwayat Ibn Abi 'Asim dalam al-Solah 'Ala al-Nabi, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan Ibn Hajar dalam Nata'ij al-Afkar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2167]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs