Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا وُضوءَ لِمَن لم يُصَلِّ عَلَيَّ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak sempurna wuduk bagi sesiapa yang tidak berselawat ke atasku.
Sahabat Perawi
- Sahl bin Sa'd al-Sa'idi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1201, hadis no. 6098. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن سهل بن سعد الساعدي رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لا وضوء لمن لم يصل علي. [ابن أبي عاصم في ((الصلاة على النبي))، طب، وابن حجر في ((نتائج الأفكار))، ((الضعيفة)) (2167)]
(Munkar) Daripada Sahl bin Sa'd al-Sa'idi RA bahawa Nabi SAW pernah bersabda: Tidak sempurna wuduk bagi sesiapa yang tidak berselawat ke atasku. [Riwayat Ibn Abi 'Asim dalam al-Solah 'Ala al-Nabi, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan Ibn Hajar dalam Nata'ij al-Afkar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2167]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman