Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا صلاةَ لجار المسجدِ إلَّا في المسجدِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak (sempurna) solat bagi orang yang berjiran dengan masjid melainkan (dia solat) di dalam masjid itu.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 347, hadis no. 1830. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: «لا صلاة لجار المسجد إلا في المسجد». [قط، ك، هق، «الضعيفة» (183)]
(Daif) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Tidak (sempurna) solat bagi orang yang berjiran dengan masjid melainkan (dia solat) di dalam masjid itu. [Riwayat al-Dāraqutnī dalam Sunannya, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Bayhaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 183]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman