Tidak sempurna iman seseorang hamba pada Allah sehingga ada padanya lima perkara

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: لا يكمل عبد الإيمان بالله، حتى تكون فيه خمس خصال: التوكل على الله، والتفويض إلى الله، والتسليم لأمر الله، والرضا بقضاء الله، والصبر على بلاء الله، إنه من أحب لله، وأبغض لله، وأعطى لله، ومنع لله، فقد استكمل الإيمان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tidak sempurna iman seseorang hamba pada Allah, sehingga ada padanya lima perkara:Bertawakal kepada Allah,menyerahkan urusan kepada Allah,menerima segala arahan Allah,reda dengan ketentuan Allah,bersabar di atas ujian Allah,mengasihi kerana Allah,marah kerana Allah,memberi dan menahan sesuatu kerana Allah,maka dia telah menyempurnakan iman.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 453-454, hadis nombor 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب، عن ابن عمر مرفوعا، وقال: باطل بهذا الإسناد، يعني: الذي أورده في كتابه.قال في اللآلىء: لا ينبغي أن يذكر في الموضوعات، فإنه وارد بغير هذا الإسناد، ثم ذكر أنه رواه البزار، وآخر الحديث رواه أبو داود من حديث أبي أمامة مرفوعا: من أحب لله، وأعطى لله، ومنع لله، وأنكح لله، فقد استكمل الإيمان. ورواه الترمذي من حديث معاذ بن أنس مثله.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Ibn Umar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Batil dengan sanad ini, iaitu yang disebutkan dalam kitabnya.Dia berkata dalam al-Laali’: Tidak sepatutnya disebutkan dalam hadith-hadith palsu. Ia datang bukan sanad ini, kemudian disebutkan bahawa ia diriwayatkan oleh al-Bazzar. Hujung hadith ini dirwayatkan oleh Abu Daud daripada hadith Abi Umamah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mengasihi kerana Allah, memberi dan menahan sesuatu kerana Allah, menikahkan kerana Allah maka telah sempurna imannya.Diriwayatkan juga oleh al-Tirmizi daripada hadith Muaz bin Anas dengan lafaz yang sama.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.