Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيْثٌ: لا يُكْمِلُ عَبْدٌ الإِيمَانَ بِاللَّهِ، حَتَّى تَكُونَ فِيهِ خَمْسُ خِصَالٍ: التَّوَكُّلُ عَلَى اللَّهِ، وَالتَّفْوِيضُ إِلَى اللَّهِ، وَالتَّسْلِيمُ لأَمْرِ اللَّهِ، وَالرِّضَا بِقَضَاءِ اللَّهِ، وَالصَّبْرُ عَلَى بَلاءِ اللَّهِ، إِنَّهُ مَنْ أَحَبَّ لِلَّهِ، وَأَبْغَضَ لِلَّهِ، وَأَعْطَى لِلَّهِ، وَمَنَعَ لِلَّهِ، فَقَدِ اسْتَكْمَلَ الإِيمَانَ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Tidak sempurna iman seseorang hamba pada Allah, sehingga ada padanya lima perkara:Bertawakal kepada Allah,menyerahkan urusan kepada Allah,menerima segala arahan Allah,reda dengan ketentuan Allah,bersabar di atas ujian Allah,mengasihi kerana Allah,marah kerana Allah,memberi dan menahan sesuatu kerana Allah,maka dia telah menyempurnakan iman.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
- Abu Umamah RA.
- Mu'az bin Anas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 453-454, hadis no. 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب، عن ابن عمر مرفوعا، وقال: باطل بهذا الإسناد، يعني: الذي أورده في كتابه.قال في اللآلىء: لا ينبغي أن يذكر في الموضوعات، فإنه وارد بغير هذا الإسناد، ثم ذكر أنه رواه البزار، وآخر الحديث رواه أبو داود من حديث أبي أمامة مرفوعا: من أحب لله، وأعطى لله، ومنع لله، وأنكح لله، فقد استكمل الإيمان. ورواه الترمذي من حديث معاذ بن أنس مثله.
Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Ibn Umar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Batil dengan sanad ini, iaitu yang disebutkan dalam kitabnya.Dia berkata dalam al-Laali’: Tidak sepatutnya disebutkan dalam hadith-hadith palsu. Ia datang bukan sanad ini, kemudian disebutkan bahawa ia diriwayatkan oleh al-Bazzar. Hujung hadith ini dirwayatkan oleh Abu Daud daripada hadith Abi Umamah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mengasihi kerana Allah, memberi dan menahan sesuatu kerana Allah, menikahkan kerana Allah maka telah sempurna imannya.Diriwayatkan juga oleh al-Tirmizi daripada hadith Muaz bin Anas dengan lafaz yang sama.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman