Tidak sedikit dosa disebabkan menyakiti jiran

TEKS BAHASA ARAB

لا قليل من أذى الجار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak sedikit dosa disebabkan menyakiti jiran.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 105, hadis nombor 84. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جداً.
أخرجه الطبراني في الكبير (ج 23/ رقم 535) وعنه أبو نعيم في الحلية (10/ 27) من طريق أحمد بن رشدين، ثنا أحمد بن أبي الحواري، ثنا الوليد ثنا شيبان عن يحيى عن أبي سلمة عن أم سلمة مرفوعاً. قال الهيثمي (8/ 170) : رجاله ثقات.
قلت: كيف هذا؟ وأحمد بن رشدين شيخ الطبراني قال ابن عدي: كذبوه، وأنكرت عليه أشياء. وساق له الذهبي حديثاً باطلاً في ترجمته. والوليد هو ابن مسلم، وكان يدلس تدليس التسوية، ولم يصرح بالتحديث. ويحيى بن أبي كثير مدلس.

Dha’if Jiddan (Sangat lemah). Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 23/hadith : 535), juga oleh Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (10/27) melalui al-Tabarani, daripada sanad Ahmad bin Rishdin, katanya Ahmad bin Abi al-Hiwari telah menceritakan kepada kami, katanya al-Walid telah menceritakan kepada kami, katanya Shaiban telah menceritakan kepada kami daripada Yahya daripada Abu Salamah daripada Ummu Salamah secara marfu’. Al-Haythami berkata (8/170): "Perawi-perawinya thiqah".
Saya berkata: Bagaimana pula thiqah, sedangkan Ahmad bin Rishdin, iaitu guru kepada al-Tabarani, Ibn ‘Adi berkata tentang beliau: "Mereka menilai beliau sebagai pendusta dan beberapa hadith beliau telah dinilai munkar. Al-Zahabi telah membawakan satu hadith Ahmad bin Rishdin yang panjang dalam biografi beliau”. Al-Walid pula adalah Ibn Muslim, beliau sering melakukan Tadlis al-Taswiyah dalam masa sama beliau tidak menyebutkan secara jelas lafaz Tahdith. Yahya bin Abi Kathir juga seorang pelaku Tadlis.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs