Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidak sah solat yang tidak dibaca dalamnya surah al-Fatihah melainkan menjadi makmum di belakang imam

Teks Bahasa Arab

حديث: لا تجزىء صلاة لا يقرأ فيها بفاتحة الكتاب إلا أن يكون وراء الإمام.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Tidak sah solat yang tidak dibaca padanya surah al-Fatihah melainkan menjadi makmum di belakang imam.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 33, hadis no. 71. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: محمد بن أشرس. متهم متروك.

Di dalam sanad hadith ini terdapat perawi bernama Muhammad bin Asyras dihukumkan sebagai muttaham matruk.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.