Tidak sah solat orang yang tinggal berdekatan masjid

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لا صلاة لجار المسجد إلا في المسجد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tidak sah solat orang yang tinggal berdekatan masjid melainkan solat di masjid.

STATUS

Tidak Ada Sanad Yang Thabit

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 221, hadis nombor 702. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن حجر: ليس له إسناد ثابت، وإن كان مشهورا بين الناس.

Ibn Hajar berkata: Tiada sanad yang thabit walaupun masyhur dalam kalangan manusia.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs