Tidak sah solat orang yang tinggal berdekatan masjid melainkan solat di masjid

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لا صلاة لجار المسجد إلا في المسجد.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tidak sah solat orang yang tinggal berdekatan masjid melainkan solat di masjid.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 21-22, hadis nombor 27. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن حبان عن عائشة مرفوعا وقال: عمر بن راشد: لا يحل ذكره إلا بالقدح.
قال السيوطي: وثقه العجلي وغيره.
وروى له الترمذي وابن ماجه وله طرق أخرى عن جابر وأبي هريرة وعلي.
وقد رواه الدارقطني في سننه عن جابر.
قال البيهقي في المعرفة: إسناده ضعيف ورواه عبد الرزاق في المصنف من قول علي رضي الله عنه وقال الصغاني: موضوع وقال الفيروزبادي في المختصر: ضعيف.
قال السخاوي في المقاصد: أسانيده ضعيفه وليس له إسناد يثبت وقد صح من قول علي.

Ibn Hibban meriwayatkan daripada ‘Aisyah secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi), dan beliau berkata: Umar bin Rasyid, tidak halal menyebutkannya melainkan dengan kecacatannya.
al-Suyuthi berkata: al-‘Ijli dan selainnya menghukumkan thiqah kepada Umar bin Rasyid.
al-Tirmizi dan Ibn Majah meriwayatkan daripadanya. Hadith ini mempunyai jalan daripada Jabir, Abu Hurairah dan Ali.
al-Daraqutni meriwayatkan di dalam kitab Sunannya daripada Jabir.
al-Baihaqi berkata di dalam kitabnya al-Ma’rifah: Sanadnya dhaif. Abdul Razzaq meriwayatkan di dalam al-Musannaf daripada perkataan Ali RA. al-Saghani berkata: Hadith ini palsu, al-Firuzabadi berkata di dalam kitab al-Mukhtasar: Hadith ini Dhaif.
al-Sakhawi berkata di dalam al-Maqasid: Sanad-sanadnya dhaif dan tidak ada baginya sanad yang sahih. Ia sahih daripada perkataan Ali.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs