Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidak sah solat bagi yang tidak mencintai Ansar

Teks Bahasa Arab

لا صلاةَ لمن لاَّ وضوءَ لهُ، ولا وضوءَ لمن لمْ يذكرِ اسمَ اللهِ عليهِ، ولا صلاةَ لمن لاَّ يصلي على النبيِّ، ولا صلاةَ لمن لمْ يحبَّ الأنصارَ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak berwuduk dan tidak sah wuduk bagi sesiapa yang tidak menyebutkan nama Allah ketika berwuduk. Tidak sah solat bagi yang tidak berselawat kepada Nabi dan tidak sah solat bagi yang tidak mencintai Ansar.

Sahabat Perawi

  1. Sahl bin Sa'd RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1211, hadis no. 6168. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل ابن سعد الساعدي رضي الله عنه مرفوعا: لا صلاة لمن لا وضوء له، ولا وضوء لمن لم يذكر اسم الله عليه، ولا صلاة لمن لا يصلي على النبي، ولا صلاة لمن لم يحب الأنصار. [هـ، ((الضعيفة)) (4806)]

(Lemah) Daripada Sahl bin Sa'd al-Sa'idi RA secara marfu': Tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak berwuduk dan tidak sah wuduk bagi sesiapa yang tidak menyebutkan nama Allah ketika berwuduk. Tidak sah solat bagi yang tidak berselawat kepada Nabi dan tidak sah solat bagi yang tidak mencintai Ansar. [Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4806]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.