Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا صلاةَ لِمَنْ لا وضوءَ له، ولا وضوءَ لِمَنْ لم يَذْكُرِ اسْمَ الله عليه، ولا صلاةَ لِمَنْ لا يصلي على النّبي ، ولا صلاةَ لمن لم يحبّ الأنصار.
Teks Bahasa Melayu
Tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak berwuduk. Tidak sah wuduk bagi sesiapa yang tidak menyebut nama Allah. Tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak berselawat ke atas Nabi. Tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak mencintai orang-orang Ansar.
Sahabat Perawi
- Sahl bin Sa’ad al-Sa’adi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1882, hadis no. 9482. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سهل بن سعد الساعدي رضي الله عنه مرفوعًا: ((لا صلاةَ لِمَنْ لا وضوءَ له، ولا وضوءَ لِمَنْ لم يَذْكُرِ اسْمَ الله عليه، ولا صلاةَ لِمَنْ لا يصلي على النّبي ، ولا صلاةَ لمن لم يحبّ الأنصار)). [هـ، (الضعيفة) (4806)]
(Lemah) Daripada Sahl bin Sa’ad al-Sa’adi RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak berwuduk. Tidak sah wuduk bagi sesiapa yang tidak menyebut nama Allah. Tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak berselawat ke atas Nabi. Tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak mencintai orang-orang Ansar." [Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4806]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman