Tidak diketahui baginya asal

30/06/2024

minit bacaan



Tidak sah solat bagi sesiapa yang masih ada solat

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: لَا صَلَاة لمن عَلَيْهِ صَلَاة.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Tidak sah solat bagi sesiapa yang masih ada solat (yang belum diganti).

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Tidak diketahui baginya asal

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 221, hadis no. 703. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا يعرف له أصل، لكن لعلمائنا أحاديث في وجوب الترتيب بين القضاء والأداء.

Tidak diketahui baginya asal. Namun para ulama kami ada hadis-hadis berkenaan kewajiban tertib antara solat qadha' dan solat tunai.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.