Tidak pernah muncul ahli bidaah, melainkan Allah nyatakan kepada mereka hujah

TEKS BAHASA ARAB

ما ظهر أهل بدعة قط؛ إلا أظهر الله فيهم حجته على لسان من شاء من خلقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak pernah muncul ahli bidaah, melainkan Allah nyatakan kepada mereka hujah di lidah sesiapa yang Dia mahukan daripada makhlukNya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1275, hadis nombor 6532. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عباس رضي الله عنهما رفعه: ما ظهر أهل بدعة قط؛ إلا أظهر الله فيهم حجته على لسان من شاء من خلقه.
[فر، ((الضعيفة)) (4458)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau telah meriwayatkannya secara marfu’: Tidak pernah muncul ahli bidaah, melainkan Allah nyatakan kepada mereka hujah di lidah sesiapa yang Dia mahukan daripada makhlukNya.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4458]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs