Tidak perlu malu menuntut ilmu pada umur tua

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لا يستحي الشيخ أن يتعلم العلم كما لا يستحي أن يأكل الخبز.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tidak perlu malu menuntut ilmu pada umur tua seperti mana tidak perlu malu ketika makan roti.

STATUS

Tidak Diketahui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 223, hadis nombor 712. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال علي قاري: غير معروف.

Ali Qari berkata: Tidak diketahui.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.