Tidak perlu bagi kalian selepas pemandian jenazah untuk mandi (wajib)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ليس عليكم في غسل میتکم غسل إذا غسلتموه؛ إنه مسلم مؤمن طاهر، وإن المسلم (وفي لفظ: ميتكم) ليس بنجس؛ فحسبكم أن تغسلوا أيديكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak perlu bagi kalian selepas pemandian jenazah untuk mandi (wajib). Sesungguhnya dia adalah seorang muslim dan mukmin yang suci, dan sesungguhnya seorang muslim itu (dalam lafaz yang lain: jenazah kalian) bukanlah najis, maka cukuplah bagi kalian untuk membasuh tangan sahaja.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 549, hadis nombor 2869. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ليس عليكم في غسل میتکم غسل إذا غسلتموه؛ إنه مسلم مؤمن طاهر، وإن المسلم (وفي لفظ: ميتكم) ليس بنجس؛ فحسبكم أن تغسلوا أيديكم)). [قط، ك، هق،((الضعيفة)) (6304)]

(Lemah)
Daripada Ibnu Abbas RA: Rasulullah SAW bersabda: Tidak perlu bagi kalian selepas pemandian jenazah untuk mandi (wajib). Sesungguhnya dia adalah seorang muslim dan mukmin yang suci, dan sesungguhnya seorang muslim itu (dalam lafaz yang lain: jenazah kalian) bukanlah najis, maka cukuplah bagi kalian untuk membasuh tangan sahaja.
[Riwayat al-Dāraquṭnī dalam Sunan beliau, al-Ḥākim dalam Mustadrak, dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6304]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.