Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
غزا رسول الله بني المصطلق فأصبنا كرائم العرب فأرغبنا في التمتع وقد اشتدت علينا العزوبة فأردنا أن نستمتع ونعزل فقال بعضنا لبعض: ما ينبغي لنا أن نصنع هذا ورسول الله بين أظهرنا حتى نسأله فسألناه فقال رسول الله: اعزلوا ولا تعزلوا، ما كتب الله من نسمة هي كائنة إلى يوم القيامة إلّا وهي كائنة.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW telah berperang dengan Bani al-Mustaliq lalu kami medapatkan tawanan perang berupa wanita-wanita cantik Arab. Lalu kami mahu menikmati ketika mana kami sudah lama membujang. Maka kami mahu untuk berseronok dan melakukan al-'Azl (pancut air mani luar rahim). Lalu salah seorang daripada kami berkata: Tidak patut kita buat sebegini sedangkan Rasulullah bersama kita sehinggalah kita bertanya kepadanya. Lalu kami bertanyakan kepadanya, lalu Rasulullah SAW bersabda: Lakukanlah al-'Azl atau jangan lakukan al-'Azl. Tiada suatu hembusan nafas pun yang Allah telah tetapkan untuk ia terjadi sehingga hari kiamat melainkan ia akan terjadi.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1027-1028, hadis no. 5276. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن صرمة العذري قال: غزا رسول الله بني المصطلق فأصبنا كرائم العرب فأرغبنا في التمتع وقد اشتدت علينا العزوبة، فأردنا أن نستمتع ونعزل فقال بعضنا لبعض: ما ينبغي لنا أن نصنع هذا ورسول الله بين أظهرنا حتى نسأله. فسألناه فقال رسول الله: اعزلوا ولا تعزلوا، ما كتب الله من نسمة هي كائنة إلى يوم القيامة إلّا وهي كائنة. [طب، الضعيفة (٧٠٢٢)]
(Lemah) Daripada Sarmah al-‘Uzriy berkata: Rasulullah SAW telah berperang dengan Bani al-Mustaliq lalu kami medapatkan tawanan perang berupa wanita-wanita cantik Arab. Lalu kami mahu menikmati ketika mana kami sudah lama membujang. Maka kami mahu untuk berseronok dan melakukan al-'Azl (pancut air mani luar rahim). Lalu salah seorang daripada kami berkata: Tidak patut kita buat sebegini sedangkan Rasulullah bersama kita sehinggalah kita bertanya kepadanya. Lalu kami bertanyakan kepadanya, lalu Rasulullah SAW bersabda: Lakukanlah al-'Azl atau jangan lakukan al-'Azl. Tiada suatu hembusan nafas pun yang Allah telah tetapkan untuk ia terjadi sehingga hari kiamat melainkan ia akan terjadi. [Riwayat al-Tabrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Da’ifah (7022)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman