Tidak patut bagi mana-mana kaum yang mana dalam kalangan mereka terdapat Abu Bakar namun orang lain yang menjadi imam

TEKS BAHASA ARAB

لا ينبغي لقوم فيهم أبو بكر أن يؤمهم غيره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak patut bagi mana-mana kaum yang mana dalam kalangan mereka terdapat Abu Bakar namun orang lain yang menjadi imam.

STATUS

Hasan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 94. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَابْن عمر وَعَائِشَة «لَا يَنْبَغِي لِقَوْمٍ فِيهِمْ أَبُو بكر أَن يؤمهم غَيره» فِيهِ عِيسَى بن مَيْمُون لَا يحْتَج بِهِ وَأحمد بن بشير مَتْرُوك قلت هُوَ فِي التِّرْمِذِيّ وَأحمد احْتج بِهِ البُخَارِيّ وَوَثَّقَهُ الْأَكْثَرُونَ وَعِيسَى لم يتهم بكذب فَالْحَدِيث حسن وَشَاهد الْأَحَادِيث الصَّحِيحَة فِي تَقْدِيمه إِمَامًا.

Daripada Ibn Umar dan ‘Aisyah:
“Tidak patut bagi mana-mana kaum yang mana dalam kalangan mereka terdapat Abu Bakar namun orang lain yang menjadi imam.” Dalam sanadnya terdapat Isa Bin Maimun. Beliau adalah perawi yang tidak boleh dijadikan sandaran. Ahmad Bin Basyir adalah perawi matruk. Saya katakan: Ahmad Bin Basyir adalah perawi yang terdapat dalam Jami al-Tirmizi dan Isa bukan perawi yang dituduh berdusta. Hadith ini adalah hadith hasan dan ia mempunyai syahid (riwayat sokongan) daripada hadith sahih berkenaan mendahulukan Abu Bakar sebagai imam.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs