TEKS BAHASA ARAB
من لم يخلل أصابعه بالماء؛ خللت بالنار يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang tidak menyela jari-jemarinya dengan air, ia akan disela dengan api neraka pada hari Kiamat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1209, hadis nombor 6156. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن واثلة رضي الله عنه مرفوعا: من لم يخلل أصابعه بالماء؛ خللت بالنار يوم القيامة.
[أبو موسى المديني في ((جزء من الأمالي))، ((الضعيفة)) (4655)]
(Lemah)
Daripada Wathilah RA secara marfu’: Sesiapa yang tidak menyela jari-jemarinya dengan air, ia akan disela dengan api neraka pada hari Kiamat.
[Riwayat Abu Musa al-Madini dalam Juz Min al-Amali. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4655]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.