Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من لمْ يخلِّلْ أصابعَهُ بالماءِ؛ خُلِّلتْ بالنارِ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang tidak menyela jari-jemarinya dengan air, ia akan disela dengan api neraka pada hari Kiamat.
Sahabat Perawi
- Wathilah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1209, hadis no. 6156. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن واثلة رضي الله عنه مرفوعا: من لم يخلل أصابعه بالماء؛ خللت بالنار يوم القيامة. [أبو موسى المديني في ((جزء من الأمالي))، ((الضعيفة)) (4655)]
(Lemah) Daripada Wathilah RA secara marfu': Sesiapa yang tidak menyela jari-jemarinya dengan air, ia akan disela dengan api neraka pada hari Kiamat. [Riwayat Abu Musa al-Madini dalam Juz Min al-Amali. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4655]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman