Tidak menyebut seorang hamba itu sekali

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما قال عبد قط: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك، وله الحمد، وهو على كل شئ قدير مخلصا بها روحه، مصدقا بها قلبه لسانه، إلا فتق له أبواب السماء، حتى ينظر الله إلى قائلها، وحق لعبد نظر الله إليه ان يعطيه سؤله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seorang hamba itu menyebut: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, Dia Maha berkuasa di atas setiap perkara’, seikhlas jiwanya, serta hatinya membenarkan apa yang diucap oleh lidahnya, melainkan akan terbelah baginya pintu-pintu langit sehingga Allah melihat siapa yang mengucapkannya dan merupakan hak bagi hamba yang Allah melihat kepadanya agar diberikan apa yang dimintanya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1595, hadis nombor 8053. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن يعقوب بن عاصم: أنه سمع رجلين من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم: أنهما سمعا رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((ما قال عبد قط: "لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك، وله الحمد، وهو على كل شئ قدير" مخلصا بها روحه، مصدقا بها قلبه لسانه، إلا فتق له أبواب السماء، حتى ينظر الله إلى قائلها، وحق لعبد نظر الله إليه ان يعطيه سؤله)). [ن في عمل ((اليوم والليلة))، ((الضعيفة)) (6617)].

(Munkar keseluruhannya)
Daripada Ya’qub bin ‘Asim: Dia mendengar daripada dua lelaki daripada sahabat Nabi SAW bahawa mereka mendengar Rasulullah SAW berkata: ((Tidaklah seorang hamba itu menyebut: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, Dia Maha berkuasa di atas setiap perkara’, seikhlas jiwanya, serta hatinya membenarkan apa yang diucap oleh lidahnya, melainkan akan terbelah baginya pintu-pintu langit sehingga Allah melihat siapa yang mengucapkannya dan merupakan hak bagi hamba yang Allah melihat kepadanya agar diberikan apa yang dimintanya.))
[Riwayat al-Nasa’ie dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6617].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.