Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما قال عبدٌ قطُّ : لا إله إلا اللهُ وحده لا شريك له ، له الملكُ ، وله الحمدُ ، وهو على كلِّ شيءٍ قديرٌ ، مُخلِصًا بها روحُه ، مصدِّقًا بها قلبُه لسانَه ، إلا فتقَ له أبوابَ السماءِ ، حتى ينظرَ اللهُ إلى قائلِها ، وحُقَّ لعبدٍ نظر اللهُ إليه أن يُعطيَه سُؤلَه.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah seorang hamba itu menyebut: 'Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, Dia Maha berkuasa di atas setiap perkara', seikhlas jiwanya, serta hatinya membenarkan apa yang diucap oleh lidahnya, melainkan akan terbelah baginya pintu-pintu langit sehingga Allah melihat siapa yang mengucapkannya dan merupakan hak bagi hamba yang Allah melihat kepadanya agar diberikan apa yang dimintanya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1595, hadis no. 8053. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar keseluruhannya) Daripada Ya’qub bin ‘Asim: Dia mendengar daripada dua lelaki daripada sahabat Nabi SAW bahawa mereka mendengar Rasulullah SAW berkata: ((Tidaklah seorang hamba itu menyebut: 'Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, Dia Maha berkuasa di atas setiap perkara', seikhlas jiwanya, serta hatinya membenarkan apa yang diucap oleh lidahnya, melainkan akan terbelah baginya pintu-pintu langit sehingga Allah melihat siapa yang mengucapkannya dan merupakan hak bagi hamba yang Allah melihat kepadanya agar diberikan apa yang dimintanya.)) [Riwayat al-Nasa’ie dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6617].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman