Tidak menjadi masalah menyentuh kulit bangkai yang telah disamak

TEKS BAHASA ARAB

لا بأس بمسك الميتة إذا دبغ، ولا بأس بصوفها وشعرها وقرونها إذا غسل بالماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak menjadi masalah menyentuh kulit bangkai yang telah disamak dan juga tidak menjadi masalah bulunya, rambutnya, dan tanduknya apabila dibasuh dengan air.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1211, hadis nombor 6166. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

ضعيف بهذا التمام)
عن أم سلمة زوج النبي – صلى الله عليه وسلم – رضي الله عنها، تقول: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: لا بأس بمسك الميتة إذا دبغ، ولا بأس بصوفها وشعرها وقرونها إذا غسل بالماء.
[قط، هق، ((الضعيفة)) (4848)]

(Lemah dengan lafaz lengkap ini)
Daripada Ummi Salamah RA, isteri Nabi SAW, katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak menjadi masalah menyentuh kulit bangkai yang telah disamak dan juga tidak menjadi masalah bulunya, rambutnya, dan tanduknya apabila dibasuh dengan air.
[Riwayat al-Daraqutni, al-Baihaqi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4848]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs