Tidak menjadi masalah air kencing binatang yang boleh dimakan dagingnya

TEKS BAHASA ARAB

لا بأس ببول ما أكل لحمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak menjadi masalah air kencing binatang yang boleh dimakan dagingnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1211, hadis nombor 6165. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
لا بأس ببول ما أكل لحمه. روي من حديث البراء بن عازب، وجابر بن عبد الله، وعلي ابن أبي طالب رضي الله عنهم.
[قط، ابن حزم، تمام، ابن الديباجي في ((الفوائد))، خط، ((الضعيفة)) (4850)]

(Sangat Lemah)
Tidak menjadi masalah air kencing binatang yang boleh dimakan dagingnya. Diriwayatkan secara marfu’ melalui hadis al-Bara’ bin ‘Azib RA, Jabir bin ‘Abdillah RA, dan ‘Ali bin Abi Talib RA.
[Riwayat al-Daraqutni, Ibn Hazm, Tammam, Ibn al-Dibaji dalam al-Fawa’id dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4850]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs