Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا بأسَ ببولِ ما أُكِلَ لحمُه.
Teks Bahasa Melayu
Tidak menjadi masalah air kencing binatang yang boleh dimakan dagingnya.
Sahabat Perawi
- Al-Bara' bin 'Azib RA
- Ali bin Abi Talib RA
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1211, hadis no. 6165. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) لا بأس ببول ما أكل لحمه. روي من حديث البراء بن عازب، وجابر بن عبد الله، وعلي ابن أبي طالب رضي الله عنهم. [قط، ابن حزم، تمام، ابن الديباجي في ((الفوائد))، خط، ((الضعيفة)) (4850)]
(Sangat Lemah) Tidak menjadi masalah air kencing binatang yang boleh dimakan dagingnya. Diriwayatkan secara marfu' melalui hadis al-Bara' bin 'Azib RA, Jabir bin 'Abdillah RA, dan 'Ali bin Abi Talib RA. [Riwayat al-Daraqutni, Ibn Hazm, Tammam, Ibn al-Dibaji dalam al-Fawa'id dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4850]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman