Tidak mengetahui di manakah tangannya bermalam dan dibaca basmalah sebelum memasukkan tangannya

TEKS BAHASA ARAB

إذا استيقظ أحدكم من منامه؛ فلا يدخل يده في الإناء حتى يغسلها؛ فإنه لا يدري أين باتت يده، ويسمي قبل أن يدخلها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang kamu bangun daripada tidurnya, maka janganlah dia memasukkan tangannya ke dalam bekas hinggalah dia membasuhnya, kerana dia tidak mengetahui di manakah tangannya bermalam dan dibaca basmalah sebelum memasukkan tangannya.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1224, hadis nombor 6232. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جداً بزيادة: ((التسمية))
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إذا استيقظ أحدكم من منامه؛ فلا يدخل يده في الإناء حتى يغسلها؛ فإنه لا يدري أين باتت يده، ويسمي قبل أن يدخلها.
[عق، عد، طس، ((الضعيفة)) (6977)]

(Sangat munkar dengan penambahan bacaan: Basmalah)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Apabila seseorang kamu bangun daripada tidurnya, maka janganlah dia memasukkan tangannya ke dalam bekas hinggalah dia membasuhnya, kerana dia tidak mengetahui di manakah tangannya bermalam dan dibaca basmalah sebelum memasukkan tangannya.
[Riwayat al-'Uqaili, Ibn 'Adiy, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6977].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs