Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا عَلَيْكُمَا صُومَا مَكَانَهُ يَوماً آخَرْ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak mengapa untuk kamu berdua berbuka puasa, dan gantilah puasa (yang ditinggalkan) hari ini pada hari yang lain.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1152, hadis no. 5824. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Aisyah RA berkata: Aku dan Hafsah telah dihadiahkan makanan, dan kami berdua dalam keadaan berpuasa, maka kami pun berbuka puasa, kemudian Rasulullah SAW masuk, lalu kami berkata kepada Baginda: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami telah diberikan hadiah, maka kami menginginkannya, kemudian kami berbuka puasa. Maka Rasulullah SAW bersabda: Ia dihadikan untuk aku. Tidak mengapa untuk kamu berdua berbuka puasa, dan gantilah puasa (yang ditinggalkan) hari ini pada hari yang lain. [Riwayat Abu Dawud dalam al-Sunan, al-Nasa'i dalam al-Kubra, Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Tirmizi dalam Jami’ Tirmizi, Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, Musnad Abi Ya’la, al-Nasa'i dalam Sunan al-Kubra dan Ibn So’id dalam al-Majlisin. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5202]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman