TEKS BAHASA ARAB
ليس عليك؛ إن الشام يفتح، ويفتح بيت المقدس، فتكون أنت وولدك أئمة فيهم إن شاء الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak mengapa, sesungguhnya Syam akan dibuka. Baitul Maqdis akan dibuka. Kamu dan anak kamu akan menjadi pemimpin mereka dengan izin Allah.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1935, hadis nombor 9707. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عَنْ شَدَّادِ بن أَوْسٍ: أَنَّهُ كَانَ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهُوَ يَجُودُ بنفْسِهِ، فَقَالَ:مَالَكَ يَا شَدَّادُ؟ قَالَ: ضَاقَتْ بِيَ الدُّنْيَا، فَقَالَ: لَيْسَ عَلَيْكَ، إِنَّ الشَّامَ يُفْتَحُ، وَيُفْتَحُ بَيْتُ الْمَقْدِسِ، فَتَكُونُ أَنْتَ وَوَلَدُكَ أَئِمَّةً فِيهِمْ إِنْ شَاءَ اللَّهُ.
[طب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6368)]
(Munkar)
Daripada Syaddad Bin Aus bahawa beliau pernah berada di samping Nabi SAW dalam keadaan beliau sentiasa mengorbankan dirinya. Lalu Nabi bersabda: Apakah yang terjadi kepada kamu wahai Syaddad? Beliau berkata: Dunia terasa sempit bagi aku. Nabi SAW bersabda: Tidak mengapa. Sesungguhnya Syam akan dibuka. Baitul Maqdis akan dibuka. Kamu dan anak kamu akan menjadi pemimpin mereka dengan izin Allah.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6368]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.