Tidak mengapa, sesungguhnya Syam akan dibebaskan

TEKS BAHASA ARAB

ليس عليك إن الشام يفتح ويفتح بيت المقدس فتكون أنت وولدك أئمة فيهم إن شاء الله يعني: شداد بن أوس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak mengapa, sesungguhnya Syam akan dibebaskan, Baitulmaqdis akan dibebaskan. Kelak kamu serta keturunan kamu akan menjadi pemimpin di sana dengan izin Allah. iaitu ditujukan kepada Syaddad bin Aus.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1092, hadis nombor 5551. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن شداد بن أوس رضي الله عنه أنه كان عند رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو يجود بنفسه فقال: مالك يا شداد؟ قال: ضاقت بي الدنيا فقال: لَيْسَ عَلَيْكَ إِنَّ الشَّامَ يُفْتَحُ وَيُفْتَحُ بَيْتُ الْمَقْدِسِ فَتَكُونُ أَنْتَ وَوَلَدُكَ أَئِمَّةً فِيهِمْ إِنْ شَاءَ اللَّهُ، يعني: شَدَّادَ بن أَوْسٍ. [طب، ابن عساكر، الضعيفة (6368)].

(Munkar) Daripada Syaddad bin Aws RA, bahawasanya suatu hari beliau berada di samping Rasulullah SAW dan beliau berusaha memperelok keadaan dirinya. Baginda bertanya: Mengapa dengan kamu, wahai Syaddad? Syaddad menjawab: Dunia menjadi sempit bagi aku. Baginda SAW bersabda: Tidak mengapa, sesungguhnya Syam akan dibebaskan, Baitulmaqdis akan dibebaskan. Kelak kamu serta keturunan kamu akan menjadi pemimpin di sana dengan izin Allah. iaitu ditujukan kepada Syaddad bin Aus. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6368].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs