Tidak mengapa menyampaikan hadith, sama ada mendahulukan atau mengakhirkan lafaz di dalamnya

TEKS BAHASA ARAB

لا بأس بالحديث قدمت فيه أو أخرت؛ إن أصبت معناه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak mengapa menyampaikan hadith, sama ada engkau dahulukan atau akhirkan lafaz di dalamnya, jika kamu menyampaikan dengan betul maknanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1282, hadis nombor 6570. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن مكحول قال: خرجنا إلى واثلة بن الأسقع؛ فقلنا: يا أبا الأسقع! حدثنا بحديث غض، لا تقدم فيه ولا تؤخر؛ حتى كأنا نسمعه من رسول الله صلى الله عليه وسلم! فغضب الشيخ أو أجلس فقال: ما منكم من أحد قام في ليلته هذه بشيء من القرآن؟ فقلنا: ما منا إلا من قد قام بما رزقه الله من ذلك. قال: فكان أحدكم حالفا ما قدم حرفا حرفا من كتاب الله ولا أخره؟! إنا قد كنا أمسكنا عن الأحاديث على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى سمعناه يقول: لا بأس بالحديث قدمت فيه أو أخرت؛ إن أصبت معناه.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4769)]

(Palsu)
Daripada Makhul, katanya: Kami pernah keluar menemui Wathilah bin al-Asqa’, lalu kami berkata: Wahai Abu al-Asqa’! Ceritakanlah kepada kami satu hadis yang menggigit, tidak didahulukan lafaz di dalamnya dan tidak diakhirkan, hinggakan seolah-olah kami sedang mendengarnya daripada Rasulullah SAW! Lalu sheikh itu pun marah atau dia duduk, lalu berkata: Tidak adakah seseorang kamu yang berjaga pada malam harinya kerana membaca mana-mana ayat al-Qur’an ini? Kami pun berkata: Tidak ada dalam kalangan kami kecuali orang yang berjaga malam sebagaimana yang Allah rezekikan kepadanya untuk tujuan tersebut. Sheikh itu berkata: Seseorang kamu telah bersumpah terhadap huruf-huruf daripada Kitab Allah yang telah dia dahulukan dan akhirkan? Kami dulu menahan diri daripada menyampaikan hadis pada zaman Rasulullah SAW hinggalah kami mendengar baginda bersabda: Tidak mengapa menyampaikan hadith, sama ada engkau dahulukan atau akhirkan lafaz di dalamnya, jika kamu menyampaikan dengan betul maknanya.
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4769]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs