TEKS BAHASA ARAB
لا بأس بتعليق التعويذ من القرآن قبل نزول البلاء، وبعد نزول البلاء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak mengapa menggantung azimat daripada al-Quran sebelum turunnya bala dan selepas turunnya bala.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1498, hadis nombor 7641. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة مرفوعاً: ((لا بأس بتعليق التعويذ من القرآن قبل نزول البلاء، وبعد نزول البلاء)). [فر، ((الضعيفة)) (4770)].
(Lemah) Daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak mengapa menggantung azimat daripada al-Quran sebelum turunnya bala dan selepas turunnya bala. [al-Dailami dalam al-Firdaus, Silsilah al-Da'ifah (4770)].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.