Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidak mengapa menggantung azimat daripada al-Quran sebelum turunnya bala dan selepas turunnya bala

Teks Bahasa Arab

لَا بَأْسَ بِتَعْلِيقِ التَّعْوِيذِ مِنَ القُرآنِ قَبْلَ نُزُولِ البَلَاءِ، وَبَعْدَ نُزُولِ البَلَاءِ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak mengapa menggantung azimat daripada al-Quran sebelum turunnya bala dan selepas turunnya bala.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aisyah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1498, hadis no. 7641. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة مرفوعاً: ((لا بأس بتعليق التعويذ من القرآن قبل نزول البلاء، وبعد نزول البلاء)). [فر، ((الضعيفة)) (4770)].

(Lemah) Daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak mengapa menggantung azimat daripada al-Quran sebelum turunnya bala dan selepas turunnya bala. [al-Dailami dalam al-Firdaus, Silsilah al-Da'ifah (4770].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.