Tidak mengapa memakan setiap burung kecuali

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لا بأس بأكل كل طير ما خلا البوم والرخم.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tidak mengapa memakan setiap burung kecuali burung hantu dan al-Rakhm (sejenis burung yang banyak bulu di kepalanya).


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 175, hadis nombor 51. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الجوزقاني عن ابن عمر مرفوعا وفي إسناده: عبد الله بن زياد بن سمعان، كذاب.

Al-Jauzaqani meriwayatkan daripada Ibn Umar secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), dan pada sanadnya terdapat Abdullah bin Ziad bin Sam’an seorang pendusta.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs