Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "لا بَأْسَ بِبَوْلِ الْحِمَارِ وَكُلِّ مَا أُكِلَ لَحْمُهُ".
Teks Bahasa Melayu
Hadith: “Tidak mengapa jika terkena air kencing keldai, dan setiap (haiwan) yang boleh dimakan dagingnya”.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 6, hadis no. 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب في تأريخه عن علي رضي الله عنه مرفوعا. وفي إسناده مجهولان، وهو موضوع، والمتهم بوضعه إسحاق بن محمد بن أبان النخعي.
Al-Khatib meriwayatkan di dalam kitab Tarikhnya daripada Ali RA secara marfu’(yang disandarkan kepada Nabi). Pada sanadnya terdapat dua orang majhul (tidak dikenali), hadith ini palsu kerana perawi bernama Ishak bin Muhammad bin Aban al-Nakha’ie dituduh sebagai pemalsu hadith.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman