Tidak mengapa dengan air kencing apa (binatang) yang dimakan dagingnya

TEKS BAHASA ARAB

لا بأس ببول ما أكل لحمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak mengapa dengan air kencing apa (binatang) yang dimakan dagingnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 414, hadis nombor 2230. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً): «لا بأس ببول ما أكل لحمه». روي من حديث البراء بن عازب، وجابر بن عبد الله، وعلي بن أبي طالب – رضي الله عنه -. [قط، ابن حزم، تمام، ابن الديباجي في «الفوائد»، خط، السيوطي في «اللآلئ المصنوعة»، «الضعيفة» (4850)].

(Sangat Lemah): "Tidak mengapa dengan air kencing apa (binatang) yang dimakan dagingnya". Diriwayatkan daripada hadis al-Barā’ bin ‘Āzib, Jābir bin ‘Abdullah dan ‘Alī bin Abū Ṭālib RA. [Riwayat al-Dāraquṭnī dalam Sunannya, Ibn Ḥazm dalam al-Muḥallā, Tammām dalam al-Fawā`id, al-Dībājī dalam al-Fawā`id, al-Khaṭīb dalam al-Tārīkh, al-Suyūṭi dalam al-La`āli’ al-Maṣnū‘ah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4850].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs