Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ لمْ يحلقْ عانتَهُ، ويُقلِّم أظفارَهُ، ويجزَّ شاربَهُ؛ فليسَ منا.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang tidak mencukur bulu kemaluannya, tidak memotong kukunya dan tidak memotong misainya, maka dia bukan dalam kalangan kami.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1209, hadis no. 6155. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن رجل من بني غفار أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من لم يحلق عانته، ويقلم أظفاره، ويجز شاربه؛ فليس منا. [حم، ((الضعيفة)) (4654)]
(Lemah) Daripada seorang lelaki daripada Bani Ghifar bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesiapa yang tidak mencukur bulu kemaluannya, tidak memotong kukunya dan tidak memotong misainya, maka dia bukan dalam kalangan kami. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4654]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman