Tidak meluaskan bagi-Ku bumi-Ku serta langit-Ku

TEKS BAHASA ARAB

ما وسعني أرضي ولا سمائي ووسعني قلب عبدي المؤمن النقي التقي الوادع اللين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak meluaskan bagi-Ku bumi-Ku serta langit-Ku. Dan melapangkan bagi-Ku jantung hati hamba-Ku yang Mukmin, yang bersih, yang bertakwa, yang tenang lagi lemah lembut.

STATUS

Tidak Ada Asal Baginya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 99, hadis nombor 512. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له)
ما وسعني أرضي ولا سمائي، ووسعني قلب عبدي المؤمن، النقي التقي الوادع اللين.
[((الضعيفة)) (5103)]

(Tidak Ada Asal Baginya)
Tidak meluaskan bagi-Ku bumi-Ku serta langit-Ku. Dan melapangkan bagi-Ku jantung hati hamba-Ku yang Mukmin, yang bersih, yang bertakwa, yang tenang lagi lemah lembut.
[Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5103


RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs