Tiada Asal Baginya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما وسِعَني أرضي ولا سمائي ووسِعني قلبُ عبديَ المؤمنِ النَّقيِّ التَّقيِّ الوادِعِ اللَّيِّنِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak meluaskan bagi-Ku bumi-Ku serta langit-Ku. Dan melapangkan bagi-Ku jantung hati hamba-Ku yang Mukmin, yang bersih, yang bertakwa, yang tenang lagi lemah lembut.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada Asal Baginya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 99, hadis no. 512. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Tiada Asal Baginya) Tidak meluaskan bagi-Ku bumi-Ku serta langit-Ku. Dan melapangkan bagi-Ku jantung hati hamba-Ku yang Mukmin, yang bersih, yang bertakwa, yang tenang lagi lemah lembut. [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5103]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman