Tidak mati seorang daripada mereka melainkan dia meninggalkan zuriat melebihi 1,000 zuriat

TEKS BAHASA ARAB

إن يأجوج ومأجوج لهم نساء يجامعون ما شاؤوا، وشجر يلقحون ما شاؤوا، فلا يموت منهم رجل إلا ترك من ذريته ألفاً فصاعدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj memiliki golongan wanita yang mereka setubuhi selagi mana mereka mahu, dan mereka mempunyai pohon-pohon yang mereka boleh debungakan apabila mereka kehendaki. Tidak satupun pun lelaki dalam kalangan mereka yang mati melainkan dia meninggalkan zuriat melebihi 1,000 zuriat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1329, hadis nombor 6784. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أوس رضي الله عنه مرفوعا: إن يأجوج ومأجوج لهم نساء يجامعون ما شاؤوا، وشجر يلقحون ما شاؤوا، فلا يموت منهم رجل إلا ترك من ذريته ألفاً فصاعداً.
[ن في ((السنن الكبرى))، ((الضعيفة)) (3209)]

(Lemah)
Daripada Aws RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj memiliki golongan wanita yang mereka setubuhi selagi mana mereka mahu, dan mereka mempunyai pohon-pohon yang mereka boleh debungakan apabila mereka kehendaki. Tidak satupun pun lelaki dalam kalangan mereka yang mati melainkan dia meninggalkan zuriat melebihi 1,000 zuriat.
[Riwayat al-Nasa’ī dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3209]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs