Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ يأجوجَ ومأجوجَ لهم نِساءٌ يجامِعون ما شاؤوا، وشَجَرٌ يُلَقِّحونَ ما شاؤوا، فلا يموتُ منهم رجلٌ إلا ترك مِنْ ذُرِّيَّتِه ألفًا فصاعِدًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj memiliki golongan wanita yang mereka setubuhi selagi mana mereka mahu, dan mereka mempunyai pohon-pohon yang mereka boleh debungakan apabila mereka kehendaki. Tidak satupun pun lelaki dalam kalangan mereka yang mati melainkan dia meninggalkan zuriat melebihi 1,000 zuriat.
Sahabat Perawi
- Aws RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1329, hadis no. 6784. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أوس رضي الله عنه مرفوعا: إن يأجوج ومأجوج لهم نساء يجامعون ما شاؤوا، وشجر يلقحون ما شاؤوا، فلا يموت منهم رجل إلا ترك من ذريته ألفاً فصاعداً. [ن في ((السنن الكبرى))، ((الضعيفة)) (3209)]
(Lemah) Daripada Aws RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj memiliki golongan wanita yang mereka setubuhi selagi mana mereka mahu, dan mereka mempunyai pohon-pohon yang mereka boleh debungakan apabila mereka kehendaki. Tidak satupun pun lelaki dalam kalangan mereka yang mati melainkan dia meninggalkan zuriat melebihi 1,000 zuriat. [Riwayat al-Nasa’ī dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3209]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman