Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidak masuk syurga orang yang berterusan melakukan maksiat

Teks Bahasa Arab

لا يلجُ النارَ من بكَى من خشيةِ اللهِ، ولا يدخلُ الجنةَ مُصِرٌّ على معصيةٍ، ولو لم تُذنبوا لجاءَ اللهُ بقومٍ يُذنبونَ فيُغفرُ لهم.

Teks Bahasa Melayu

Tidak masuk neraka orang yang menangis kerana takutkan Allah, dan tidak masuk syurga orang yang berterusan melakukan maksiat, sekiranya suatu kaum itu tidak berdosa, Allah akan datangkan satu kaum yang lain yang berbuat dosa lalu diampunkan bagi mereka.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 708 - 709, hadis no. 3622. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بفقرة: (الإصرار)) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: لما نزلت {أفمن هذا الحديث تعجبون (59) وتضحكون ولا تبكون} [النجم: 59-60]؛ بكى أصحاب الصفة حتى جرت دموعهم على خدودهم، فلما سمع رسول الله ﷺ حنينهم؛ بکی معهم، فبكينا ببكائه، فقال ﷺ: لا يلج النار من بكى من خشية الله، ولا يدخل الجنة مصر على معصية، ولو لم تذنبوا لجاء الله بقوم يذنبون، فيغفر لهم. [هب، ((الضعيفة)) (6695)].

(Palsu dengan perenggan: Berterusan melakukan maksiat) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Ketika turun ayat {Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan al-Quran ini, serta tertawa dan kamu tidak mahu menangis} [Surah al-Najm, ayat 59-60]; Menangislah para sahabat dalam kalangan ahli al-Suffah sehingga mengalirlah air mata mereka di pipi mereka, apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan mereka, baginda menangis bersama mereka. Lalu kami turut menangis kerana tangisan baginda. Lalu Nabi SAW bersabda: Tidak masuk neraka orang yang menangis kerana takutkan Allah, dan tidak masuk syurga orang yang berterusan melakukan maksiat, sekiranya suatu kaum itu tidak berdosa, Allah akan datangkan satu kaum yang lain yang berbuat dosa lalu diampunkan bagi mereka. [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6695].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.