Tidak mahukan kamu menjadi orang keempat daripada empat golongan?

TEKS BAHASA ARAB

أما ترضى أن تكون رابع أربعة؟ أول من يدخل الجنة أنا، وأنت، والحسن، والحسين، وأزواجنا عن أيماننا وعن شمائلنا، وذرارينا خلف أزواجنا، وشيعتنا من ورائنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak mahukah kamu menjadi orang keempat daripada empat golongan? Yang pertama akan masuk syurga adalah aku, engkau, al-Hasan dan al-Husain; Isteri-isteri kita daripada arah kanan dan kiri kita, zuriat-zuriat kita di belakang isteri-isteri kita dan pengikut-pengikut kita di belakang-belakang kita.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1289, hadis nombor 6599. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال: شكوت إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم حسد الناس إياي، فقال: أما ترضى أن تكون رابع أربعة؟ أول من يدخل الجنة أنا، وأنت، والحسن، والحسين، وأزواجنا عن أيماننا وعن شمائلنا، وذرارينا خلف أزواجنا، وشيعتنا من ورائنا.
[أبو بكر القطيعي في ((زوائد الفضائل))، ((الضعيفة)) (5591)]

(Palsu)
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA, katanya: Aku pernah mengadu kepada Rasulullah SAW berkenaan orang yang hasad dengki terhadapku, lalu baginda bersabda: Tidak mahukah kamu menjadi orang keempat daripada empat golongan? Yang pertama akan masuk syurga adalah aku, engkau, al-Hasan dan al-Husain; Isteri-isteri kita daripada arah kanan dan kiri kita, zuriat-zuriat kita di belakang isteri-isteri kita dan pengikut-pengikut kita di belakang-belakang kita.
[Riwayat Abu Bakr al-Qati'ei dalam Zawa'id al-Fada'il. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5591]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs