Tidak mahukah aku khabarkan pada kalian tentang yang paling pemurah dalam kalangan yang paling pemurah?

TEKS BAHASA ARAB

ألا أخبركم عن الأجود الأجود؟ الله الأجود الأجود، وأنا أجود ولد آدم، وأجودهم من بعدي رجل علم علما فنشر علمه، يبعث يوم القيامة أمة وحده، ورجل جاد بنفسه في سبيل الله حتى يقتل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak mahukah aku khabarkan pada kalian tentang yang paling pemurah dalam kalangan yang paling pemurah? Allah yang paling pemurah dalam kalangan yang paling pemurah, aku pula merupakan yang paling pemurah dalam kalangan anak Adam. Orang yang paling pemurah selepasku adalah seseorang yang mengetahui sesuatu ilmu lalu dia menyebarkan ilmunya, dia akan dibangkitkan pada hari kiamat, dia satu-satunya sebagai satu umat dan seseorang yang menyerahkan dirinya pada jalan Allah hinggalah dia terbunuh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1290, hadis nombor 6604. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ألا أخبركم عن الأجود الأجود؟ الله الأجود الأجود، وأنا أجود ولد آدم، وأجودهم من بعدي رجل علم علما فنشر علمه، يبعث يوم القيامة أمة وحده، ورجل جاد بنفسه في سبيل الله حتى يقتل.
[ع، عد، الضياء المقديسي في ((الأحاديث والحكايات))، ((الضعيفة)) (5882)].

(Palsu)
Daripada Anas RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Tidak mahukah aku khabarkan pada kalian tentang yang paling pemurah dalam kalangan yang paling pemurah? Allah yang paling pemurah dalam kalangan yang paling pemurah, aku pula merupakan yang paling pemurah dalam kalangan anak Adam. Orang yang paling pemurah selepasku adalah seseorang yang mengetahui sesuatu ilmu lalu dia menyebarkan ilmunya, dia akan dibangkitkan pada hari kiamat, dia satu-satunya sebagai satu umat dan seseorang yang menyerahkan dirinya pada jalan Allah hinggalah dia terbunuh.
[Riwayat Abu Ya'la, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', al-Diya' al-Maqdisi dalam al-Ahadith wa al-Hikayat. Lihat Silsilah al-Daifah, no. 5882].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs