Tidak mahukah aku beritahu kepadamu tentang orang yang faqih?

TEKS BAHASA ARAB

ألا أنبئكم بالفقيه؟ قالوا: بلى، قال: من لا يقنط الناس من رحمة الله، ولا يؤيسهم من روح الله، ولا يؤمنهم من مكر الله، ولا يدع القرآن رغبة عنه إلى ما سواه، ألا لا خير في عبادة ليس فيها تفقه، ولا في علم ليس فيه تفهم، ولا قراءة ليس فيها تدبر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak mahukah aku beritahu kepadamu tentang orang yang faqih? Mereka menjawab: Ya. Baginda bersabda: Orang yang tidak membuat orang lain berputus asa daripada rahmat Allah, tidak membuatkan mereka berputus harapan terhadap rahmat Allah, tidak membuatkan mereka merasa aman terhadap tipu daya Allah, tidak meninggalkan al-Qur’an kerana membencinya kepada sesuatu yang lain. Ingatlah! Tidak ada kebaikan pada ibadah yang tidak ada kefahaman padanya dan tidak ada kebaikan pada ilmu yang tidak ada kefahaman padanya juga tidak ada kebaikan pada bacaan al-Qur’an yang tidak ada tadabur padanya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1234, hadis nombor 6288. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه مرفوعا: ألا أنبئكم بالفقيه؟ قالوا: بلى، قال: من لا يقنط الناس من رحمة الله، ولا يؤيسهم من روح الله، ولا يؤمنهم من مكر الله، ولا يدع القرآن رغبة عنه إلى ما سواه، ألا لا خير في عبادة ليس فيها تفقه، ولا في علم ليس فيه تفهم، ولا قراءة ليس فيها تدبر.
[ابن وهب في ((المسند))، ((الضعيفة)) (734)].

(Munkar)
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak mahukah aku beritahu kepadamu tentang orang yang faqih? Mereka menjawab: Ya. Baginda bersabda: Orang yang tidak membuat orang lain berputus asa daripada rahmat Allah, tidak membuatkan mereka berputus harapan terhadap rahmat Allah, tidak membuatkan mereka merasa aman terhadap tipu daya Allah, tidak meninggalkan al-Qur’an kerana membencinya kepada sesuatu yang lain. Ingatlah! Tidak ada kebaikan pada ibadah yang tidak ada kefahaman padanya dan tidak ada kebaikan pada ilmu yang tidak ada kefahaman padanya juga tidak ada kebaikan pada bacaan al-Qur’an yang tidak ada tadabur padanya.
[Riwayat Ibn Wahb dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 734].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.