Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidak mahukah aku beritahu kepada kamu tentang sebaik-baik dan seburuk-buruk manusia?

Teks Bahasa Arab

ألا أخبرُكُم بِخَيرِ النَّاسِ وشرِّ النَّاسِ! إنَّ مِن خيرِ النَّاسِ: رجُلًا عملَ في سبيلِ اللَّهِ عزَّ وجلَّ علَى ظَهْرِ فرسِهِ أو علَى ظَهْرِ بعيرِهِ أو علَى قدميهِ حتَّى يأتيَهُ الموتُ، وإنَّ مِن شرِّ النَّاسِ: رجلًا فاجرًا جريئًا يقرأُ كتابَ اللَّهِ لا يَرعوي إلى شيءٍ منهُ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak mahukah aku beritahu kepada kamu tentang sebaik-baik dan seburuk-buruk manusia? Sesungguhnya antara manusia yang terbaik adalah seseorang yang beramal pada jalan Allah 'Azza wa jalla di atas belakang kudanya atau atas belakang untanya atau berjalan kaki hinggalah maut menjemputnya. Manakala, antara manusia yang terburuk pula adalah seseorang yang jahat lagi berani, dia membaca Kitab Allah tapi tidak kembali pada mana-mana bahagian Kitab Allah.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1261 - 1262, hadis no. 6445. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد رضي الله عنه مرفوعا: ألا أخبركم بخير الناس وشر الناس! إن من خير الناس: رجلاً عمل في سبيل الله عز وجل على ظهر فرسه أو على ظهر بعيره أو على قدميه حتى يأتيه الموت، وإن من شر الناس: رجلاً فاجراً جريئاً يقرأ كتاب الله لا يرعوي إلى شيء منه. [حم، ك، ((الضعيفة)) (3373)].

(Lemah) Daripada Abu Sa'id RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak mahukah aku beritahu kepada kamu tentang sebaik-baik dan seburuk-buruk manusia? Sesungguhnya antara manusia yang terbaik adalah seseorang yang beramal pada jalan Allah 'Azza wa jalla di atas belakang kudanya atau atas belakang untanya atau berjalan kaki hinggalah maut menjemputnya. Manakala, antara manusia yang terburuk pula adalah seseorang yang jahat lagi berani, dia membaca Kitab Allah tapi tidak kembali pada mana-mana bahagian Kitab Allah. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3373]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.