Tidak mahukah aku berikan khabar gembira kepadamu, wahai Abu al-Fadl?

TEKS BAHASA ARAB

ألا أبشرك يا أبا الفضل؟ إن الله عز وجل افتتح بي هذا الأمر، وبذريتك يختمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak mahukah aku berikan khabar gembira kepadamu, wahai Abu al-Fadl? Sesungguhnya Allah ‘Azza wa jalla telah membukakan untukku perkara ini dan zuriatmu yang akan mengakhirinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1303, hadis nombor 6655. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، مرفوعا: ألا أبشرك يا أبا الفضل؟ إن الله عز وجل افتتح بي هذا الأمر، وبذريتك يختمه.
[حل، ((الضعيفة)) (82)].

(Palsu)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak mahukah aku berikan khabar gembira kepadamu, wahai Abu al-Fadl? Sesungguhnya Allah ‘Azza wa jalla telah membukakan untukku perkara ini dan zuriatmu yang akan mengakhirinya.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya`. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 82].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs