Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَلَا أُبَشِّرُكَ يَا أَبَا الْفَضْلِ، إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ افْتَتَحَ بِي هَذَا الْأَمْرَ، وَبِذُرِّيَّتِكَ يَخْتِمُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak mahukah aku berikan khabar gembira kepadamu, wahai Abu al-Fadl? Sesungguhnya Allah 'Azza wa jalla telah membukakan untukku perkara ini dan zuriatmu yang akan mengakhirinya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1303, hadis no. 6655. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه، مرفوعا: ألا أبشرك يا أبا الفضل؟ إن الله عز وجل افتتح بي هذا الأمر، وبذريتك يختمه. [حل، ((الضعيفة)) (82)].
(Palsu) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak mahukah aku berikan khabar gembira kepadamu, wahai Abu al-Fadl? Sesungguhnya Allah 'Azza wa jalla telah membukakan untukku perkara ini dan zuriatmu yang akan mengakhirinya. [Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya`. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 82].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman