Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidak layak untuk mendapatkan makanan melainkan orang yang kuat dan ada agama

Teks Bahasa Arab

حديث: لا تصلح الصنيعة إلا عند ذي حسب ودين كما أن الرياضة لا تصلح إلا في نجيب.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Tidak layak untuk mendapatkan makanan melainkan orang yang kuat dan ada agama, seperti mana tidak sempurna kesihatan melainkan orang yang berada di bidangnya.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aisyah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 71, hadis no. 22. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن عائشة مرفوعا وفيه: يحيى بن هاشم كان يضع الحديث. وذكر له في اللآلىء متابعين.

Al-Uqaili meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) pada sanadnya terdapat perawi bernama Yahya bin Hasyim yang merupakan seorang pereka hadith. Al-Suyuthi menyatakan di dalam kitabnya al-La’ali hadith ini mempunyai dua perawi yang menyokong.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.